Allyarham Ibrahim Hussein, Dato'(1936-19 Feb 2009)
Genting(78)
1978
Akrilik, dakwat atas kanvas
183 x183 cm
BSLN 1981.050
Aku senyapkan mode hp, aku bersama Adam anak aku melangkah masuk ke dalam Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi waktu dah dekat maghrib 18 Februari 2009. Selepas solat sunat masjid, hp ku menyala ada mesej dari Wairah "Aslmkm.Just Notified Ib is seriously ill now in Pantai Medical Ctr, 1st flr.Ddoakan segera sembuh.For warding info fr Ismail Mustam.Waira".. terkeluar wajah-wajah Ibrahim Hussein dalam kepala ku ..dan terus reply "tq" dan forward kepada Dr Najib, Zul Yusof dan Jai.
Baru minggu lepas aku kena marah dengan Jai pasai suroh dia cek samada Zakii Anuar hidup atau mati selepas aku dapat pertanyaan dari Zul Yusoff yang dengar dari anak buah dia di Tg Malim.
Zul balas balik imediately "saya akan segera ke sana". dan "terima kasih" dari Dr Najib.
Kemudian lebih kurang lepas Isyak aku dapat lagi sms dari Wairah " Ib had a mild heart attack n a vessel burst again.He is recovering and breathing on tubes.Please doa for his full recovery."
Legaa sikit bila dengar 'mild' dan 'recovering'..terkenang aku masa mula-mula kawin dulu, aku kena bawak bini ziarah sedara, salah sorang ialah rumah tok ndak aku di Kupang, Baling, Kedah. Tok ndak jantan aku tu bekas s.c zaman dharurat dan jadi tukang sembelih lembu dan kerbau kemudiannya, dia dah lama balik(ninggal dunia) tinggal tok ndak pompuan aku saja la ni.
Tok ndak aku ni seorang perempuan yang handal jugak(dia cakap slang kedah ulu), umur waktu tu aku ngat dah 70, rumah dia yang tepi sungai tu jadi pot orang-orang Pattani singgah rehat dan letak barang. sekali sekala dia pun masuk Siam naik pickup cari barang dan jumpa sedara di sana.
''Som! anhok mey lhuk haeng mai ni,..tok ndak janthang haeng satgi ballhek la..haeng dhok thengok taplama tu? mai naik ataih ghumah!" itu adalah intro dia masa aku p rumah dia kecik-kecik dulu..anyway..
Masa aku p lepas kawin bawak bini introduce kat dia, adik lelaki dia pun ada, aku kena panggil toksu din. sembang-sembang..toksudin tanya aku kerja kat mana, aku bagitau KL kat aaa balai seni lukis..slow je pasal bagi tau kuat-kuat pun mana la orang kampung ni tahu atau ambil tahu..pra duga aku.
OOoo ' tepat oghang nukih tu'balas toksudin. ops dia tahu..'kami adha anhok nakan soghang gheja dia nukih aa, dok kolalempo'..... aikk ada pula sedara belah mak aku yang jadi artis ka? aku tanya sapa nama, tokndak aku susah nak ingat, toksudin pula tengah dok kira nama anak menakan dia.. aku pun tanya kampung dia mana? toksudin jawab "anhok kak kami di Yaen nu". Pelukis dari Yan...., ada, aku kenal Zul Yusof. Aku tanya " pak dia cikgu ka, nama Zulkifli bin Yusoff'' . Bukannn kata toksudin, "Phok die nama Husseing". "aaa Braheng" tambah dia. Alamak aku balas "takan Ibrahim Hussein kot, "Dato Ibrahim Hussein" aku konfirmkan.
Toksudin kata ''aaa yang kaweng dengan cina tu" ...
dan banyaklah cerita yang dia cerita masa dulu-dulu dan ziarah Toksudin yang bawa kakak dia(ibu Dato) ke Bangsar melawat anaknya di sana suatu ketika dulu.
Dan pagi 19 Februari 2009 tadi masa dalam kereta dari Bandar Mahkota Cheras di highway kajang ke shamelin untuk hantar anak aku ke sekolah(rutin aku sebelum sampai ofis) aku dapat sms lagi dari wairah"Ib passd away. May Allah bless his soul.Alfatihah.Ismail Mustam" aku forward lagi kepada Dr Najib dibalas"tq" dan kepada kawan-kawan.
beberapa minit selepas itu sms dari Fuad memaklumkan perkara yang sama.
dan Wairah sms lagi"Aslkm.Pak Sanusi coordinating Alyrhm Ib's funeral arrgmnt.Mandi@Pantai Hosp,body taken 2 hse, zohor solat@Bangsar mosq & burial @Kiara Cemtry.C u.Salam".
Sampai di ofis lepas sarapan Dr Najib datang bincang pasal makluman kepada staff dan media. dan dapat pula sms terbaru dari KSU" Inna Lillaahi Wa Inna Ilahi Rooji'un.Telah kembali ke Rahmatullah, anggota keluarga kami, dato' Ibrahim Husin,pelukis terkenal,di Pantai Medical Center kira-kira pukul 4.30 pagi ini. Jenazahnya akan disembahyangkan pukul 3 ptg. di rumah No.8 Lorong Bukit Pantai 1,Bukit Pantai,59100KL..bawa ke Perkuburan Bukit Kiara,KL..Sekian.Al Fatihah. TS Sanusi bin Junid"
Teringat aku ramah tamah Allahyarham dan istri layan kami dan bertapa bersamgatnya beliau menceritakan tentang karya-karya dan visi beliau.
aku rasa tiada lagi pelukis malaysia yang dipannggil oleh PM dan karyanya menjadi perdebatan di parlimen selain Ibrahim Hussein. peristiwa ini berlaku semasa beliau akan mempamerkan karya beliau di BSLN, maklumat sampai kepada ahli parlimen yang pelukis telah menghitamkan bendera Malaysia( karya pasal 13 mei). kecoh diparlimen. Ib tetap akan pamer karyanya hingga berlaku perjumpaan yang berpihak kepada Ib. karya itu sekarang dipamerkan di Muzium beliau di Langkawi.
Satu lagi yang Ib pesan semasa jumpa di rumah beliau dulu(diatur oleh Sushi). "Kita kalau nak berkawan dengan orang hati mau ikhlas, kalo kawan kita buat silap kita tegur, kita bagitau hitam atau putih pada dia, kawan yang ikhlas bukan yang sentiasa puji kita dan mengharapkan projek..that's why he (the sultan) like me, mana di pergi pasti dia kirim poskad kat I".
Trima kassih Dato Ibrahim Hussein, pertemuan yang singkat yang dihiasi dengan teguran dan nasihat dulu itu amat bererti buat kami, semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh mu, al fatihah, amin..
terimakasih Puan Wairah di atas sms-sms puan malam dan pagi tadi.
Wednesday, February 18, 2009
Tuesday, February 3, 2009
MAKMAL KONSERVASI CATAN DAN OBJEK SENI AKAN DINAIK TARAF
8 Januari 2009. Ketua Pengarah BSLN Prof Madya Dr Mohd Najib Ahmad Dawa berkata BSLN bertanggunmgjawab menjaga dan memelihara karya-karya seni visual koleksi negara dan dalam masa yang sama boleh memberikan perkhidmatan kepada pemilik, kolektor dan pelukis di Malaysia. Beliau berkata demikian semasa sesi penerangan sempena lawatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Salleh ke BSLN bagi melihat cara-cara pengurusan koleksi himpunan tetap BSLN dan keadaan koleksi karya Hoessein Enas yang dihadiahkan oleh Syarikat Shell Malaysia.
Dalam visinya KP BSLN menggambarkan Pusat Konservasi Catan dan Objek Seni BSLN ini terletak di keseluruhan lantai bawah BSLN dan akan mempunyai fasiliti seakan sebuah hospital yang mempunyai unit-unit kecemasan, pesakit luar, pakar, wad dan bilik x-ray.
Sehubungan dengan itu unit ini telah membuat permohonan belanjawan dasar one-off sebanyak 4.9 juta bagi menaik tarah dan pembelian perlatan untuk tahun mengurus 2011.
Bagi mengisi pusat ini dengan tenaga pakar dan pekerja yang mahir, unit ini telah merancang sebuah Plan Pembinaan Modal Insan yang merangkumi latihan dan kursus profesional kepada kakitangan unit ini secara berperingkat mulai tahun 2008 hingga 2011. Plan Pembinaan Modal Insan Bhg Pengurusan Koleksi dan Konservasi telah pun diangkat kepada Mesyuarat Lembaga Amanah BSLN pada tahun 2007 dan dimajukan kepada KSU PKKKW pada tahun 2008.
Semoga impian ini menjadi realiti.
Dalam visinya KP BSLN menggambarkan Pusat Konservasi Catan dan Objek Seni BSLN ini terletak di keseluruhan lantai bawah BSLN dan akan mempunyai fasiliti seakan sebuah hospital yang mempunyai unit-unit kecemasan, pesakit luar, pakar, wad dan bilik x-ray.
Sehubungan dengan itu unit ini telah membuat permohonan belanjawan dasar one-off sebanyak 4.9 juta bagi menaik tarah dan pembelian perlatan untuk tahun mengurus 2011.
Bagi mengisi pusat ini dengan tenaga pakar dan pekerja yang mahir, unit ini telah merancang sebuah Plan Pembinaan Modal Insan yang merangkumi latihan dan kursus profesional kepada kakitangan unit ini secara berperingkat mulai tahun 2008 hingga 2011. Plan Pembinaan Modal Insan Bhg Pengurusan Koleksi dan Konservasi telah pun diangkat kepada Mesyuarat Lembaga Amanah BSLN pada tahun 2007 dan dimajukan kepada KSU PKKKW pada tahun 2008.
Semoga impian ini menjadi realiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)