Tuesday, February 3, 2009

MAKMAL KONSERVASI CATAN DAN OBJEK SENI AKAN DINAIK TARAF

8 Januari 2009. Ketua Pengarah BSLN Prof Madya Dr Mohd Najib Ahmad Dawa berkata BSLN bertanggunmgjawab menjaga dan memelihara karya-karya seni visual koleksi negara dan dalam masa yang sama boleh memberikan perkhidmatan kepada pemilik, kolektor dan pelukis di Malaysia. Beliau berkata demikian semasa sesi penerangan sempena lawatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Salleh ke BSLN bagi melihat cara-cara pengurusan koleksi himpunan tetap BSLN dan keadaan koleksi karya Hoessein Enas yang dihadiahkan oleh Syarikat Shell Malaysia.
Dalam visinya KP BSLN menggambarkan Pusat Konservasi Catan dan Objek Seni BSLN ini terletak di keseluruhan lantai bawah BSLN dan akan mempunyai fasiliti seakan sebuah hospital yang mempunyai unit-unit kecemasan, pesakit luar, pakar, wad dan bilik x-ray.

Sehubungan dengan itu unit ini telah membuat permohonan belanjawan dasar one-off sebanyak 4.9 juta bagi menaik tarah dan pembelian perlatan untuk tahun mengurus 2011.

Bagi mengisi pusat ini dengan tenaga pakar dan pekerja yang mahir, unit ini telah merancang sebuah Plan Pembinaan Modal Insan yang merangkumi latihan dan kursus profesional kepada kakitangan unit ini secara berperingkat mulai tahun 2008 hingga 2011. Plan Pembinaan Modal Insan Bhg Pengurusan Koleksi dan Konservasi telah pun diangkat kepada Mesyuarat Lembaga Amanah BSLN pada tahun 2007 dan dimajukan kepada KSU PKKKW pada tahun 2008.

Semoga impian ini menjadi realiti.

1 comment:

  1. Elok lah tu..aku pun banyak koleksi yang sudah sakit-sakit..

    ReplyDelete